Saturday 8 August 2015

Tart telur + cinta E28

hari yang ditunggu tunggu telah tiba....nisa dan sarah menaiki bas untuk ke kl...masing2 berdebar sebab first time pergi jauh dari kampung


"Sarah! aku takut la"

"tak payah takut sangat la"

"sepatutnya aku yang takut sebab tak pernah pergi sana.dah la kau yang ajak aku..jangan kau buat gelabah lebih2 sudah"

"takde la..ok..hmmm"

sarah mula tenggelam dalam mimpi...nisa cuba pejamkan matanya..dia teringat kata2 umi n abi

"nisa duduk elok2 kat sana"umi berpesan

"nisa jangan tinggal solat..mengaji jangan tinggal jugak.jaga maruah kamu"

umi menambah lagi,"nisa,jaga makan.jangan duk diet sangat..bla..bla...bla..."

"baik umi",nisa buat tabik hormat gaya polis gitu

"satu lagi,telefon la rumah.jangan lupa pulak umi abi ni"

"baik..telefon rumah ye..jangan cakap ngan umi abi tapi rumah"

"isk budak ni.kita cakap betol2.dia main2 pulak"umi nak cubit nisa.nisa menyorok belakang abinya

"abi,tengok umi ni"

"dah..pergi masuk dalam bas."nisa bersalam umi abi

"nisa sayang umi"

"nisa sayang abi"

bisik nisa  di telinga umi abi sebelum berlalu

tiba2,matanya berair..disapunya cepat2.takut sarah ternampak dia menangis

"kl2.."tetibe pak cik bas melaung kl..hmmm..taula nisa yg dia dah sampai


"sarah!kita dah smpai kl la"

"haa..yeke..jom2"sambil menenyeh nenyeh matanya

usai mereka ambil beg,mereka berehat sekejap di surau.nisa sempat telefon uminya yang dia ingin duduk di surau kejap.


"sarah!kau nak mandi tak?"

"nak jugak.kau?"

"nak la"

"sarah!kau mandi dulu.aku jaga barang dulu"dia ambil keputusan tuk tunggu beg sorang,mandi sorang.dia ingat pesan kakaknya supaya berhati hati kat tempat macam ni..



setengah jam berlalu..

"mana sarah ni?"

"oii nisa..tengok aku jumpa sape ni?"

"hehh..eh!"


BERSAMBUNG

No comments: