“Dah nak sampai ni.Kita gerak kl terus lepas bagi benda ni kat Azam.”
“Amboi kau.Dah tak sabar-sabar nak balik kl.Macam dah ada anak
bini je aku tengok.”
“Bakal bini.hehehe..”dia terbayang-bayang dia dan Lina akan
kahwin dan ada ramai anak
Azmin menepuk bahu Daus.“Kau mengelamun ye Daus?”
“Ala..bukan kena bayar pun.”Daus buat muka
“Kita dah sampai kan.Jom turun”
“Kau jela.Bagi benda tu aje kan.Aku stand by dalam kereta
je.”
Azmin berjalan menuju ke sebuah rumah yang agak besar
Besar jugak rumah budak ni.“Assalamualaikum..Assalamualaikum..”
“Waalaikummussalam.Encik cari siapa?”tiba-tiba keluar
seorang gadis dari arah belakang.Mungkin sedang membersihkan kawasan
rumah.Azmin hanya meneka.Dengan pakaian macam orang nak pergi bersukan.Azmin
terleka seketika
“Abang nak cari siapa ya?”Alia pelik dengan kelakuan pemuda
di hadapannya.
“Erm…hmm…saya nak cari Azam.Dia ada tak sekarang?”tergagap-gagap
Azmin bercakap.Fuhh..Lega apabila dia berjaya menghabiskan kata-katanya
“Ouh..abang zam ke.Dia ada kat dalam tu.Tunggu kejap.”
Tak sangka pulak azam ada adik secomel dia.
“Azmin,masuk la dulu.Makan dulu.Kau datang dengan Daus ke?”Azam
mengintai kelibat orang di dalam kereta
“Haah.tak payah la.lagipun,kami nak pergi terus ni.nah.”dokumen
bertukar tangan
“Panggil Daus tu dulu.Makan sini je.Lagipun,mak aku masak
banyak.Aku cakap yang kawan aku nak datang.Mak aku masak khas untuk korang.”terang
Azam panjang lebar
“ Nanti kejap.Aku panggil Daus.”
“Daus,makan sini je la.Mak si Azam dah masak untuk kita.Rugi
tak makan.”dia dah terbayang masakan kampung
“Kau ni.Laju aje bab makan.”
“Rezeki jangan ditolak Daus.”tersengih-sengih
“Eton,kau nak buat ape cuti ni?”
Eton mengerak-gerakkan jarinya di dagunya.“Aku nak buat ape
ye?”
“Tanya aku pulak.Orang Tanya dia..Dia Tanya kita pulak.”
“Kerja.Nak tak?”cadang Natrah
“Ara,nak kerja apa?”
“Kau ni..kita cari la dulu.”
“Kau dah Tanya ke mak kau?”
“Tak lagi.Kalau tak bagi,Pandai-pandai la aku pujuk nanti.”
“Aku bukan apa.Nanti mesti banyak kena guna duit.Mak ayah
aku bukan kaya.”
“Yela.Aku ikut kau.”
“Aku dah cari beberapa kedai yang nak pakai orang.”Natrah
melayang-layang buku notanya
“Huishh..kawan sape la ni.”
“Ara,minum air ni dulu.”
“Terima kasih ibu.”memang dia panggil ibu Eton dengan
panggilan ibu..dia dah macam ibunya.Lagipun,maknya dan ibu Eton kawan baik
jugak
“Ibu bekalkan sikit lauk untuk Ara.”ibu menghulurkan
bungkusan makanan
“Wah!Apa ni,Ibu?mesti sedap.Bau pun wangi.”
“Ayam masak merah.”
“Tak sabarnya nak makan.Nak balik dulu la.”
“Kirim salam kat mak Ara.Minum dulu air tu Ara.”
“Eh!lupa.baik,ibu”sekali teguk je..air dah habis
Ibu hanya geleng kepala
“Gelojoh la kau ni,Ara.”buat muka macam geli dengan
perbuatan Natrah
“Kawan kau jugak.hahaha..Aku balik dulu.”Natrah melambai
tangan sebelum hilang bersama basikalnya
“Mak,Ibu kirim salam.Ni ada lauk.Jom makan.”
“Waalaiki,waalaihassalam.Lamanya Ara kat sana.Buat apa?”
“Biasa la mak.”
“Mana gula yang mak pesan?”
“Alamak..lupa nak beli.Ara beli lepas makan la.Mana ayah?”
“Ayah balik lambat sikit.”
“Nasib baik mak dah tanak nasi.”sambil menyenduk nasi
“Mak,nanti Ara dengan Eton nak kerja.”
“Kerja apa?”
“Tak pasti lagi.”
“Ara cuba la tanya ayah dulu.”
“Yela.hmm...Mak la yang cakap kat ayah.boleh la..”
“Tengok la dulu.."
"Mak,kak nurul tak balik lagi?"tiba-tiba dia teringat kat kakak sulungnya
"Nak habis makan dah.Baru ingat kakak.Bertuah punya budak.."
Natrah tersengih-sengih
No comments:
Post a Comment