Tuesday 4 April 2017

Hadirnya ketenangan dalam kemaafan


Sang mentari telah melabuhkan tirai. Telah masuk waktu solat maghrib. Siti terus mengambil wudhuk seperti biasa. Akan tetapi, dia rasa hatinya tidak begitu tenang. Seperti ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Puas dia memikirkan apakah kesalahan yang dilakukannya sehingga dia merasakan tidak tenang.

usai solat..

"Siti,akak tengok siti ni macam serba tak kena.Siti ada masalah ke?"

"Eh!Takde la akak. Siti oke je."

"Kalau tak oke..Siti boleh cerita kat akak..Mana tahu akak boleh tolong."

"Baik akak."

Siti hanya menundukkan kepalanya dan terus berlalu pulang ke rumah. 

"Siti, ibu tengok siti senyap je dari tadi. Kenapa ni?"

"Takde apa bu.Siti masuk bilik dulu ye."

"Haaa..Yela.."

Ibunya hanya melihat siti dengan pandangan yang penuh tanda tanya

Keesokannya,

"Ibu..Siti pergi sekolah dulu ye."siti bersalaman dengan ibu dan ayahnya

Siti masih lagi terfikir-fikir sambil mengayuh basikal

"Siti...siti.."

Tersentak Siti pabila Sarah berhenti di hadapannya.Mujur dia sempat brek.Kalau tidak,dua-dua masuk hospital.Geram pulak dia dengan Sarah.

"Bahaya la awak ni.."

"Awak tu lagi bahaya.Kayuh basikal sambil mengelamun."

"Eh..Mana ada saya mengelamun."

"Kalau tak..Kenapa tak respon tadi?Saya panggil awak dari tadi.Sampai kering anak tengkuk ni."

"hehehe.."

"Dah..Awak kena cerita kat saya bila sampai sekolah nanti."

aishhh..memang tak lepas la dengan Sarah ni.Kalau dia kata nak tahu..memang kena cerita la..

Sarah terus menarik tangan Siti ke kelas..ditariknya kerusi dia mendekat dengan Siti

"Haaa..cerita cepat.."

"Gelojoh la dia ni."

"Tak kira..Nak dengar punya pasal."

"Saya tak tenang la..Saya rasa..saya tahu apa sebabnya.."

"Huh? tu je ke?"

"Tadi cakap nak tahu kan?"

"Yela..Ingatkan besar sangat masalah awak tu."

"Hello..besar la masalah ni..Saya tak tenang ni..Tolong la saya wak."

"Hmm...boleh cerita lebih detail sikit tak?"

"oke..kisahnya bermula....."



Usai perhimpunan,siti berjalan agak laju sebab tak tahan nak pergi tandas.Dia tak perasan Cikgu Linda nak keluar dari bilik guru.Siti terlanggar Cikgu Linda tanpa meminta maaf.

Seminggu berlalu

Cikgu Linda masuk kelas siti sebab ganti Cikgu Saad yang cuti. Siti terlupa yang dia terlanggar Cikgu Linda. 

"Nama awak siti nur farhana bt kasim."sambil membaca nama siti pada bukunya dengan senyuman sinis

"Ya cikgu."

"Awak tahu tak yang awak ada buat silap dengan saya?"

Siti hairan.Dia benar-benar tak tahu apa salahnya."Tak tahu,cikgu."

"Baiklah..Berdiri sekarang." 

Lambat-lambat Siti berdiri..Bengang dia dengan Cikgu Linda.Dia menganggap Cikgu Linda sebagai musuhnya.

"Awak memang takde adab ye?Kalau bercakap dengan cikgu,berdiri."arah cikgu Linda sambil membebel.Satu kelas diberi ceramah free hari tu.

Mulai saat itu.Siti selalu menjeling cikgu Linda kerana dia merasakan Cikgu Linda sengaja mencari kesalahannya.Maklum la,Cikgu Linda salah seorang cikgu disiplin.Jadi,setiap kesalahan memang akan dikenakan hukuman.

Siti dah terbiasa kena hukuman daripada Cikgu Linda.Kadang-kadang,Siti balas dendam pada Cikgu Linda sebab geram.Dia fikir Cikgu Linda takkan cari pasal dengan dia lepas tu.Rupa-rupa tidak.Makin teruk dia kena denda. 

Pada suatu hari,Siti nekad nak serang Cikgu Linda di rumahnya.Dia tak kisah apa nak jadi lepas tu.Namun,dia terkejut dengan apa yang dilihatnya.Dilihatnya,Cikgu Linda begitu lembut melayan ibunya.Agak lama siti perhati gerak geri Cikgu Linda.Kemudian,dia tak jadi meneruskan niatnya tadi.Keesokannya,dia pergi lagi sekali ke rumah Cikgu Linda.Diperhatikan cikgunya yang dikatakan kejam.

Sejak itu,dia muhasabah dirinya.

Waktu rehat,dia terserempak dengan Cikgu Linda di kantin,dia terbau minyak wangi.Macam kenal je bau ni.Tiba-tiba,dia teringat kejadian dia terlanggar cikgu Linda tempoh hari. 


Panjang lebar Siti bercerita tentang Cikgu Linda.Sarah angguk-angguk dari tadi

"Haaa...saya rasa sebab tu la hati ni tak tenang.Saya silap."

"Kalau macam tu.Pergi jumpa Cikgu Linda.Minta maaf kat dia."

"What!!Tidak..Malu la,Sarah."

"Siti...jumpa dia je..lepas tu,minta maaf.masalah selesai."

"Tak.."Siti menekup mukanya dengan tapak tangannya

"Tak payah nak malu sangat la..Saya temankan awak."

"Betul ni?"

"Ye."

Waktu rehat..

tok..tok..tok..

"Masuk.."

"Cikgu.."

"Ye siti" Siti seakan tenang memandang wajah cikgu Linda

"Saya dah tahu apa salah saya.Maafkan saya cikgu.Saya lupa kesalahan pertama saya.Lepas tu,saya buat banyak kesalahan pada cikgu.Maafkan saya cikgu."

Cikgu Linda senyum

"Cikgu dah lama maafkan awak Siti.Cikgu pun nak minta maaf juga.Cikgu melebih-lebih hukum awak.Cikgu harap awak tak berdendam."

"Tak cikgu.Saya tahu..saya silap..Maafkan saya ye.." siti teringat yang dia pernah balas dendam beberapa kali kat Cikgu Linda.


"Baiklah.."

Mereka berpelukan tanda kemaafan...




Siti tidak menyangka kesilapan kecilnya menjadi besar sehingga dia lupa setiap perbuatan jahatnya kepada Cikgu Linda.Mujurlah dia diberi kesempatan memohon keampunan.Sekarang,barulah hatinya lapang..tenang..Mulai hari itu,dia lebih berhati-hati dalam menilai seseorang.Dia akan sentiasa berbaik sangka dan mudah memaafkan orang.

No comments: