Sunday 20 May 2018

Tika hatiku membeku E1


"Pegang la tangan saya ni. Kita pusing satu tempat ni. Laju sikit."

Sofea ragu-ragu tika Farhan menghulurkan tangannya.

"Takpe. Awak pegang jari saya je." Farhan cuba meyakinkan Sofea

"Oke.." Sofea menyambut huluran Farhan

Dunia seakan terhenti seketika. Sofea tidak pernah merasa disayangi dan dicintai oleh insan bernama lelaki. Pergerakan hidupnya agak terbatas. Ayah Sofea tidak pernah bersetuju untuk Sofea keluar dengan mana-mana lelaki. Sofea pernah dimarahi ayahnya hanya kerana dihantar lelaki pada lewat malam. Walhal, masih ada seorang kawan perempuan Sofea.

"Macam mana? Seronok tak?"

"Biasa je." Sofea takkan pernah mengaku yang dia gembira

"Saya pergi sana kejap." ujar Farhan sambil membawa 'barang' yang tidak disukai Sofea.

Sofea mula berubah wajah."Awak nak buat ape tu?"

"Sekejap je ni. Lama dah saya tahan ni.Kali ni je." Farhan merayu. Dia memang terkenal dengan perokok tegar.Jadi,sukar untuknya melupakan sesuatu yang sudah sebati dengan dirinya

Walaupun umur Farhan sudah masuk 30 tapi itu tidak menjadi masalah kepada Sofea. Dia mula faham kenapa wanita-wanita lebih memilih lelaki berumur sebagai teman hidup.

 Sejak Sofea muncul dalam hidup Farhan, Farhan sudah mula kurang merokok. Katanya, dia mampu menghabiskan sekotak rokok dalam masa satu hari. Mulai hari itu, Sofea nekad untuk mengubah gaya hidup Farhan. Sudah tentu dia cuba untuk melakukan apa saja untuk mengubah Farhan. Bila hati dah sayang. Otak mula merancang perkara yang baik-baik untuk yang tersayang.

"Dah siap ke belom?" Sofea terjengkit-jengkit melihat Farhan di dalam bilik melalui lubang kaca di depan pintu.

Farhan buat muka tak bersalah sambil tersenyum. Sofea berlalu dari situ.

"Janganlah marah. Tadi saya tak hisap pun. Lama tau." Farhan memujuk Sofea yang sedang duduk di sebelah Ayuni.

"Tak marah. Saya dah tak tahu nak tolong awak macam mana."Sofea meluahkan rasa kecewanya

"Saya janji. Lepas akad nikah kita nanti. Saya takkan merokok dah." berkali-kali Farhan berjanji di hadapan Sofea. Sofea tak tahu nak percaya ke tidak.

"Yela.."

"Jom kita gi makan. Awak mesti dah lapar ni."

"Jomla."Sofea tarik tangan Ayuni dan meninggalkan Farhan dengan kawan-kawannya

"Pia, kau betul-betul serius ke dengan pak cik tu?"

"Yela,yuni."

"Yuni,nak makan ape ni? Pening pulak nak pilih ape."

"Aku nak bakso jela." Yuni

"Sama la.Aku nak makan bakso jugak."

"Awak nak makan ape?" Farhan berdiri sebelah Sofea

"Bakso.Awak belanja la."Sofea sengaja suruh Farhan belanja

"Boleh.Duit saya memang duit awak jugak."

Sofea selalu terfikir soal Farhan.Dia selalu baik,tak pernah marah.Sofea bimbang kalau Farhan ada udang di sebalik batu. Tapi buat masa ni, dia masih percayakan Farhan.









No comments: